Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Lelaki didenda $23,500 miliki rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun telah dijatuhi hukuman denda $23,500 oleh Mahkamah Majistret, Kuala Belait pada hari ini atas pertuduhan di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006.

    Mahkamah memberi tempoh enam bulan kepada tertuduh menjelaskan denda tersebut dan jika gagal membayarnya, tertuduh akan menjalani hukuman penjara selama 13 bulan.

    Mohammad Azri bin Abdullah Batrah mengaku bersalah memiliki  29 karton dan tiga paket rokok pelbagai jenis di sebuah kediaman di kawasan berek Lorong 3 Selatan, Seria.

    Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) cawangan Belait membuat tangkapan ke atas tertuduh pada pukul 1:40 petang, 9 Julai lalu.

    Sementara itu, pendakwaan kes dijalankan oleh pegawai pendakwa JKED.

    Mahkamah juga mengarahkan agar kesemua barang tegahan kastam diserahkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...