Monday, February 6, 2023
22.7 C
Brunei

-

Lelaki didenda sebar gambar lucah di Telegram

KUALA KANGSAR, 19 JAN – Akibat membuat dan memulakan penghantaran komunikasi imej lucah menerusi aplikasi Telegram tiga tahun lepas, seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Rohaida Ishak menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Asyraf Ahmad Suhaimi, 28, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas perbuatan tersebut terhadap seorang individu dengan niat menyakiti hati orang lain.

Mahkamah memerintahkan OKS dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. OKS membayar denda.

Komunikasi itu dibaca di sebuah rumah di Persiaran Putri 3/16, Taman Chandan Putri 3, di sini pada 10 pagi, 9 Januari 2020.

Bapa seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pengadu membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas berasa sakit hati kerana komunikasi yang dihantar OKS menunjukkan gambarnya dalam keadaan mengaibkan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -