Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lelaki dihukum penjara hina Raja Thailand

    BANGKOK, 8 MAC – Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun ke atas seorang lelaki kerana menjual kalendar yang memaparkan kartun itik kuning yang menurut pendakwa raya memfitnah keluarga diraja.

    Kalendar 2021 memaparkan beberapa siri itik kuning dan dianggap oleh mahkamah Bangkok sebagai menyindir raja Thailand, yang dilindungi oleh beberapa undang-undang lese majeste yang paling ketat di dunia, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.

    Narathorn Chotmankongsin, 26, pada mulanya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kelmarin kerana menjual kalendar itu di laman Facebook popular prodemokrasi Ratsadon, menurut Thai Lawyers for Human Rights (TLHR).

    “Tetapi hukuman itu diringankan kepada dua tahun tanpa parol selepas defendan memberikan keterangan yang bermanfaat kepada pertimbangan itu,” kata TLHR, kumpulan undang-undang yang bertindak dalam banyak kes lese majeste, dalam satu kenyataan.

    Mainan mandi kuning menjadi simbol tidak sengaja gerakan protes pro-demokrasi 2020 selepas penunjuk perasaan menggunakan itik kembung besar untuk melindungi diri mereka daripada gas pemedih mata polis dan meriam air.

    Ia menjadi semakin popular di jalan-jalan tempat berarak, dan boleh dijumpai pada topi hingga ke klip rambut

    Penggunaan undang-undang lese majeste di Thailand telah meningkat secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan lebih 200 orang didakwa sejak 2020, menurut TLHR.

    Pemerhati hak asasi manusia berkata keputusan mahkamah “menunjukkan pihak berkuasa Thailand kini cuba menghukum sebarang aktiviti yang mereka anggap menghina monarki.”

    “Kes ini memberi mesej kepada semua rakyat Thailand, dan kepada seluruh dunia, bahawa Thailand semakin jauh daripada bukan lebih dekat menjadi demokrasi yang menghormati hak,” kata pengarah HRW Asia Elaine Pearson. – AFP

    – Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...