Lelaki dijangkiti penyakit JE

KOTA KINABALU, 18 JULAI – Seorang lelaki berusia 21 tahun dari sebuah kampung di Tambunan telah dijangkiti penyakit Japanese Encephalitis (JE), Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Fung Ming mengumumkan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu, dari Kampung Lubong, kini dirawat di Hospital Keningau dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sampel darah lelaki itu yang dihantar ke Makmal Kesihatan Awam di Sungai Buloh, Selangor, disahkan positif dijangkiti virus JE, katanya pada sidang media di Wisma Tun Fuad di sini.

Virus JE telah dikesan di sebuah ladang khinzir di Tambunan, kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata JE adalah endemik di Sabah dan negeri itu merekodkan empat kes setakat ini tahun ini. Ia merekodkan lima kes pada tahun lepas. – Bernama