Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lelaki dikehendaki bantu siasatan polis

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua orang lelaki, seorang warga tempatan dan seorang warga Malaysia, yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, PPDB menyatakan bahawa orang ramai yang maklumat mengenai Mohd Alizul bin Ahmad yang merupakan warga tempatan diminta menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak di Jabatan Siasatan Jenayah di talian 2459500 sambungan 490 atau 333.

    Manakala itu, maklumat mengenai warga Malaysia, Muhammad Azlan bin Muhammad Ali dengan kad pintar Malaysia 691203-01-5997, boleh disalurkan dengan menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan di Jabatan Siasatan Jenayah melalui talian 2459500 sambungan 236, 464 atau 333 atau talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

    Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, PPDB juga memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga kini belum balik.

    Menurut PPDB, pekerja berkenaan ialah seorang perempuan warga Indonesia, Wida Kusuma Wardani, berumur 34 tahun dengan nombor pasport C8284183.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong di talian 4221206, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Mohd Alizul
    Muhammad Azlan
    Wida Kusuma Wardani

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...