Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lelaki dipenjara 18 bulan bunuh anak damit di Labuan

    LABUAN, 28 SEPT – Seorang lelaki dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Labuan di sini hari ini, selepas didapati bersalah memukul anak damit perempuannya sehingga menyebabkan kematian pada 2018.

    Hakim Leonard David Shim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 18 Ogos 2018.

    Maidin Ibnu Hashim, 56, bekas penjawat awam, mengaku tidak bersalah membunuh anak damit perempuan berusia sembilan bulan antara 10 hingga 13 Ogos 2018 di rumah sewanya di Kampung Gersik Lama, ketika kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Labuan pada 25 Januari 2022.

    Pertuduhan itu kemudian dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh) kepada Seksyen 304 (a) kanun sama (membunuh tanpa niat).

    Pihak pendakwaan memanggil 15 saksi sepanjang perbicaraan berlangsung bermula 28 Feb 2022.

    Pada 15 Mei 2022, hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Maidin dan memerintahkan tertuduh membela diri.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, kes itu dibuka pada 15 Ogos 2018 apabila bedah siasat menunjukkan kematian anak damit itu disebabkan kecederaan parah di kepala, kecederaan tisu lembut di muka, melecur pada jari tangan dan kaki serta bronkopneumonia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...