Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Lelaki dipenjara 21 tahun curi anjing Lady Gaga

    LOS ANGELES, 6 DIS – Seorang lelaki yang menembak penjaga anjing Lady Gaga semasa cubaan untuk mencuri anjing bulldognya dijatuhi hukuman penjara 21 tahun semalam selepas mengaku tidak sengaja membunuh.

    James Howard Jackson dan dua lelaki lain menyerang Ryan Fischer di jalan Hollywood pada Februari 2021, dan selepas bergelut berjaya melarikan diri dengan dua daripada tiga haiwan peliharaan penyanyi ‘Poker Face’ yang keluar berjalan-jalan pada masa itu.

    Fischer mengalami kecederaan di dada dalam serangan itu dan berkata di Instagramnya sebulan kemudian bahawa dia mengalami kegagalan paru-paru.

    Jackson, 20, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan tuduhan rompakan, serangan dan lain-lain.

    “Perjanjian pengakuan itu memastikan Jackson bertanggungjawab kerana melakukan tindakan ganas dan memberikan keadilan kepada mangsa kami,” menurut kenyataan dari Pejabat Peguam Daerah.

    Sementara itu, dua penyerang lain turut dipenjarakan.

    Susulan kejadian itu, Lady Gaga menawarkan ganjaran AS$500,000 untuk pemulangan anjing Koji dan Gustav.

    Berikutan itu, seorang wanita yang menyerahkan anjing penyanyi itu sebagai tindak balas kepada ganjaran, juga didakwa menerima barang curi. – AFP

    Gambar fail bertarikh 3 April 2022 menunjukkan Lady Gaga tiba untuk Anugerah Grammy ke-64 di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...