Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Lelaki dipenjara seumur hidup selepas tembak mati polis

    DALLAS, 15 SEPT – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup secara automatik tanpa parol selepas juri menyabitkannya dengan pembunuhan besar kelmarin dalam kejadian menembak mati seorang pegawai polis kawasan Dallas pada tahun 2021.

    Barisan juri Dallas County berbincang lebih sejam sebelum mendapati Jaime Jaramillo, 38, bersalah dalam kes menembak mati Pegawai Richard Houston pada 3 Disember lalu di luar sebuah pasar raya Mesquite.

    Afidavit waran tangkap mengatakan bahawa Houston, 46, sedang menjawab laporan gangguan rumah tangga apabila dia tiba di tempat letak kereta pasar raya untuk mencari Jaramillo, isterinya, anak perempuan mereka dan seorang lagi wanita yang terlibat dalam pertengkaran.

    Afidavit berkenaan menambah bahawa anak perempuan itu memberitahu polis, dia dan ibunya percaya Jaramillo menipu isterinya dengan wanita lain. Afidavit itu turut menjelaskan bahawa apabila Houston pergi bercakap dengan Jaramillo, lelaki itu mengeluarkan pistol dan menembak Houston sebelum menembak dirinya sendiri.

    Jaramillo pulih daripada kecederaannya dan layak menghadapi perbicaraan dalam penembakan itu, yang mana pendakwa raya tidak menuntut hukuman mati.

    Peguam pembela cuba menunjukkan bahawa Jaramillo tidak menyedari bahawa Houston ialah seorang pegawai polis, yang akan menjadikan pembunuhan itu sebagai jenayah tidak membawa hukuman mati dan layak untuk parol. Video polis menunjukkan bahawa Houston berpakaian seragam dan tiba dengan kereta peronda. – AP

    Gambar serahan Penjara Daerah Dallas pada 4 Disember 2021, menunjukkan Jamie Jaramillo yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup secara automatik tanpa parol. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...