Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Mahkamah Majistret, hari ini, memerintahkan seorang lelaki yang menghadapi tuduhan mencuri untuk ditahan reman sementara menunggu siasatan terhadapnya selesai dijalankan.
Muhammad Sahrul bin Tudin, berusia 37 tahun, didakwa mencuri satu khemah kecil dari Bangar Kem, Temburong pada 17 Julai 2017 antara jam 6:30 pagi dan 12 tengah hari.
Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 22 Julai untuk kes disebut semula.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.