Lelaki diratah 18 anjing peliharaan

Gambar fail pada 20 Mei lalu menunjukkan kenderaan pegawai pemeriksa perubatan di perkarangan rumah Mack di Venus, Texas. – AP

DALLAS, 11 JULAI – Seorang lelaki warga Texas yang telah hilang
sejak beberapa bulan yang lalu dipercayai dibaham, tulang dan tubuhnya, oleh beberapa ekor anjing peliharaannya, menurut timbalan sherif. Pemeriksa perubatan berkata pada Selasa lalu bahawa ujian DNA menentukan bahawa kepingan tulang yang ditemui dari kotoran anjing adalah milik Freddie Mack yang berusia 57 tahun, menurut Pejabat Sherif Johnson County. (Klik di sini untuk berita selanjutnya.)