Lelaki ditahan bakar pokok Krismas

NEW YORK, 9 DIS – Polis di New York kelmarin menangkap seorang lelaki yang disyaki
sengaja membakar pokok Krismas gergasi di hadapan ibu pejabat Fox News.

Lelaki berusia 49 tahun itu berdepan tuduhan perbuatan membakar dengan sengaja selepas didapati menaiki struktur yang menopang pokok berukuran 15 meter di tengah Manhattan sekitar tengah malam.

Pokok itu kemudian terbakar, insiden yang dirakam oleh kamera.

Lelaki yang ditangkap itu memiliki pemetik api bersamanya namun polis tidak pasti sama ada dia menggunakan sebarang bahan bakar yang memarakkan lagi api tersebut yang mana puncanya akan dipastikan oleh jabatan bomba, kata polis.

Api dapat dikawal dan tidak ada mangsa cedera.

Polis belum lagi mengesahkan sebarang motif kepada insiden itu, namun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fox News Media, Suzanne Scott mengecamnya sebagai ‘serangan pembakaran sengaja berniat jahat’.

Fox News berkata pokok itu dihiasi dengan kira-kira 10,000 ornamen kaca dan 100,000 lampu. – AFP

Seorang pekerja memasang semula pokok Krismas di luar ibu pejabat Fox News setelah dibakar semalam pada 8 Disember. – AP