Lelaki ditahan cuba bakar bapanya

ROM, 6 DIS – Seorang lelaki berusia 58 tahun ditahan polis selepas cuba membakar bapanya berusia 89 tahun yang merupakan orang kurang upaya, di Castellammare, Sabia (Naples).

Lelaki itu ditahan selepas dia memukul bapanya dengan tongkat, kemudian mencekiknya dan menuang alkohol ke katil bapanya sebelum cuba membakarnya.

Ibu dan abangnya yang berada di lokasi kejadian kemudian menghubungi polis, menurut agensi berita Itali (ANSA).

Lelaki itu pernah ditahan kira-kira empat tahun lepas kerana mendera ahli keluarganya. – Bernama