Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki ditahan cuba ‘gulingkan kerajaan’

    HANOI, 3 Ogos – Lelaki berbangsa Vietnam warganegara Amerika ditahan di Vietnam kerana cuba menggulingkan kerajaan, menurut keluarganya dan seorang ahli undangan Amerika Syarikat (AS), dan menggesa bagi pembebasan cepat dari negara komunis yang kerap memenjarakan pengkritik-pengkritiknya.

    Michael Nguyen, warga AS kedua yang diberkas di Vietnam dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan kerana dikatakan menyentuh politik di sebuah negara yang mana sebarang jenis aktivisme dengan pantas dihapuskan.

    Michel Nguyen, 54 tahun, ayah kepada empat orang anak itu telah dilaporkan hilang bulan lalu apabila melawat Vietnam yang mengakibatkan pencarian panik oleh isterinya di California.

    Para pegawai konsul AS di Saigon mengesahkan kepada keluarganya minggu ini bahawa dia telah ditahan pada 7 Julai lalu di bawah Fasal 109, ‘menggulingkan pentadbiran rakyat’ dan di tahan di penjara Ho Chi Minh tanpa sebarang kesalahan formal.

    “Michael telah disiasat dibawah undang-undang Fasal 109,” kata abang iparnya, Mark Roberts memberitahu para pemberita di California semalam, menurut transkrip penerangan ringkas itu yang diberikan kepada AFP.

    Ahli kongres wanita California Mimi Walters mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa Ngyuen telah ditahan dan dia berusaha bagi mendapatkan pembebasannya.

    Hukuman maksimum dibawah Fasal 109 ialah mati. Jurucakap wanita Kementerian Luar Vietnam memberitahu para pemberita semalam bahawa dia akan bertanya kepada ‘pihak berkuasa berkaitan’ berhubung kes ini, sementara jurucakap Kedutaan AS, Pope Thrower berkata ‘kami mengetahui tentang laporan media bahawa seorang ditahan di Vietnam,: dengan enggan untuk mengulas lebih lanjut.

    Rakan Ngyuen Le My Hanh memberitahu AFP dia hilang ketika pergi ke selatan Vietnam bersama tiga orang aktivis, tetapi abang iparnya berkata dia tidak terlibat dalam politik.

    “Kami meminta kerajaan Vietnam supaya membebaskannya,” Roberts memberitahu AFP, dengan menambah kata keluarganya ‘amat sedih’ dengan penahanannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda