Lelaki ditahan jalankan ujian COVID-19 guna kit curi

LIMA, 13 APRIL – Polis menahan seorang lelaki China semalam kerana melakukan ujian segera COVID-19 secara haram ke atas orang awam dengan menggunakan kit baharu yang dicuri daripada Kementerian Kesihatan Peru.

Tianxing Zhang, 36, ditahan di daerah Brena di Lima ketika mahu mengambil sampel daripada dua wanita di muka pintu kediaman mereka, kata polis.

Menurut kenyataan polis, lelaki itu sedang menjalankan ujian COVID-19 menggunakan peralatan dicuri daripada pihak berkuasa Lima Sur di tempat dia bekerja.

Ketika ditahan polis keselamatan, Zhang memakai topeng muka dan apron perubatan berwarna biru muda.

Dua wanita itu telah membayar Zhang untuk melakukan ujian itu, tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan. – AFP