Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki ditahan kerana curi maklumat kad kredit

    TOKYO, 15 NOV – Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan di barat Jepun hari ini kerana disyaki mencuri maklumat kad kredit daripada laman web yang sah, menjadikannya siasatan kes jenayah pertama negara itu terhadap dakwaan mencuri data sesawang, lapor media tempatan.

    Suspek yang dikenali sebagai Sho Okuma, dipercayai telah memasukkan kod komputer di laman sesawang sah berkaitan muzik untuk tujuan jahat dan secara tidak sah bagi memperoleh maklumat pembayaran tiga pelanggan dari wilayah Kyoto.

    Ketiga-tiga pelanggan itu mengakses laman berkenaan untuk membeli barangan antara Oktober dan November tahun lepas, lapor Xinhua memetik laporan berita Kyodo.

    Tidak seperti penipuan memancing data, di mana mangsa dilencongkan ke tapak sesawang palsu dan diminta memasukkan maklumat peribadi, mencuri data sesawang ini melibatkan perbuatan mengeluarkan data melalui tapak sesawang yang sah dan ia sukar dikesan, menurut laporan itu.

    Okuma berkata, beliau menemui laman web yang menerima pembayaran kad kredit dan mencuri maklumat itu dengan menyuntik kod berniat jahat ke dalam laman sesawang itu ‘kerana ingin tahu’, menurut polis. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda