Lelaki ditahan ‘suntik’ makanan di pasar raya

LONDON, 26 OGOS – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mencemarkan daging dan produk ketuhar gelombang mikro di tiga pasar raya berdekatan Hammersmith dan Fulham.

Pegawai polis dihubungi sekitar jam 7:40 malam waktu tempatan semalam selepas seorang lelaki melakukan kekacauan dengan menjerit kata makian kepada orang awam di jalanan.

Lelaki berkenaan dilaporkan mengunjungi tiga pasar raya di Fulham Palace Road dan menyuntik produk makanan dengan sejumlah jarum di pasar raya Little Waitrose, Sainsbury’s dan Tesco Express.

Suspek yang kini di bawah tahanan polis dituduh melakukan ancaman awam dengan niat atau menyebabkan kegelisahan. – AFP