Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Lelaki ditahan tinggal lebih masa

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Seorang lelaki warga asing telah ditahan semasa Operasi SAKAT yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Cawangan Kuala Belait, menyasarkan sebuah bilik sewa pekerja asing di Kampung Sungai Taring, Lumut, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, lelaki tersebut didapati merupakan pekerja lari daripada majikan (PLDM) dan telah melanggar Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah pas imigresen mansuh.

    Sehubungan itu, BPU JIPK Kuala Belait mengingatkan para majikan agar patuh dan tidak melanggar sebarang akta dan peraturan imigresen dan memastikan pekerja-pekerja mereka melakukan kerja-kerja seperti yang ditetapkan.

    Ke arah aktiviti penguatkuasaan tersebut, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 atau 8753888 (Bandar Seri Begawan) dan 8984111 (Kuala Belait). Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

    Pegawai penguat kuasa JIPK Cawangan Kuala Belait, semasa mengadakan operasi di Kampung Sungai Taring, Lumut, baru-baru ini. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...