Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki ditangkap berhubung serangan bom kereta api

    LONDON, 25 Sept – Polis hari ini menangkap seorang lelaki berusia 20 tahun di Wales yang berkaitan dengan pengeboman kereta api London Underground bulan ini, membawa jumlah orang yang ditahan kepada empat orang.

    Lelaki itu telah ditangkap awal pagi oleh pejabat pencegah keganasan di bandar Cardiff, Welsh dan telah dibawa ke balai polis di London untuk disoal siasat. Polis tidak menamakan suspek namun berkata dia telah ditangkap di bawah Akta Pengganasan.

    Seorang lelaki berusia 18 tahun, Ahmed Hassan telah didakwa hari ini dengan percubaan membunuh dan penggunaan bahan letupan.

    Dua lelaki lain, berusia 25 dan 30 tahun, yang ditangkap di Newport di Wales minggu lalu, masih lagi disoal siasat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda