Lelaki ditembak mati dalam insiden tikaman

SYDNEY, 1 MEI – Seorang lelaki ditembak mati oleh polis selepas menikam beberapa orang di sebuah pusat membeli-belah di rantau barat laut Australia Pilbara hari ini.

Menurut polis, lelaki itu menikam seorang individu di sebuah motel dan seorang lagi di McDonald’s di bandar Port Hedland sebelum menyerang lima orang di pusat membeli-belah.

Polis Australia Barat berkata pegawai menembak mati lelaki itu, berusia dalam awal 30an, apabila senjata taser gagal mengawalnya. “Ia adalah situasi amat berbahaya,” beritahu Pesuruhjaya Polis WA Chris Dawson kepada media hari ini.

Serangan dipercayai tidak berkait dengan keganasan. Lelaki itu biasanya memasuki bandar dari Perth untuk bekerja dan terbang keluar lagi, kata Dawson. Saksi berkata lelaki itu menyerang orang secara rawak, termasuk seorang wanita yang menolak kereta sorong anak damit ketika dia berlari di pusat membeli-belah dengan sebilah pisau besar. – AFP