MIRI, 12 April – Mayat seorang lelaki warganegara Indonesia ditemui tergantung dalam sebuah kebun pukul 8:30 pagi ini.
Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, mangsa hanya dikenali sebagai Amin, 38, berbangsa dayak dan berasal dari Sungai Garam, Singkawang, Indonesia.
“Mayat mangsa dijumpai di dalam pondok baja dan keadaan mangsa ketika ditemui tergantung dengan menggunakan kain warna merah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, pegawai perubatan dari Hospital Miri mengesahkan tiada kesan luka luaran dikesan.
“Menurut rakan sekerja mangsa seorang pendiam dan kurang bergaul dengan rakan-rakan yang lain,” katanya.Mayat sudah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat. – Bernama