Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lelaki Filipina dipenjara, sebat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Seorang lelaki warga Filipina berusia 40 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dengan tiga kali sebatan pada kelmarin selepas dia mengaku bersalah tinggal lebih masa di negara ini selama 607 hari sejak tamat tempoh pas kerjanya.

    Arnel Alloso Saludar ditahan di kaunter pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 9:08 malam pada 5 November lalu ketika hendak menaiki penerbangan pulang ke Manila.

    Pendakwa Imigresen Mohd Zul Azri bin Haji Ranee seterusnya mendedahkan siasatan mendapati fakta bahawa defendan telah datang ke Brunei untuk bekerja, secara sah, bagaimanapun, dia telah dilaporkan melarikan diri daripada majikannya.

    Majistret Kanan Harnita Zelda Skinner juga mendengar bahawa pas kerja defendan telah dibatalkan dan majikannya mengetahui bahawa defendan tidak menaiki penerbangan pulang pada 5 Mac 2021.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...