Oleh Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Seorang lelaki warga Filipina didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh di negara ini.
Tidak ada pengakuan direkodkan daripada Darnel Lising Pangilinan berusia 35 tahun yang menghadapi tuduhan tinggal hampir lima tahun di negara ini, dari 6 Mei 2012 hingga 26 April 2017 setelah pas kerjanya mansuh pada 5 Mei 2012.
Timbalan Pendakwa Raya, Yvonne Lim mengemukakan tuduhan di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 dan memohon untuk tertuduh ditahan reman di Penjara Jerudong sehingga sebutan seterusnya.
Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 2 Mei untuk sebutan semula.