Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Filipina terima hidayah

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 4 JULAI – Seorang lelaki Filipina yang menetap di Daerah Belait telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC), kelmarin.

    Majlis pengislaman San Miguel Tariac telah disaksikan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Serikandi, Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah Dato Paduka Haji Jamain bin Haji Julaihi, tetamu jemputan dan pegawai-pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI) cawangan Daerah Belait.

    Dengan majlis pengislaman berkenaan, San Miguel Tariac kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Adan Waiz bin Abdullah. Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu berkenaan dan persembahan Dikir Marhaban oleh kumpulan dikir dari Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

    Dengan majlis itu, PDI Daerah Belait telah merekodkan seramai 35 orang yang memeluk agama Islam setakat ini bagi tahun ini.

    Muhammad Adan Waiz ketika melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis itu. – Gambar serahan PDI Daerah Belait
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda