Lelaki Florida saman Woods, Kedi

LOS ANGELES, 9 APRIL – Seorang lelaki Florida akan menyaman Tiger Woods dan kedinya, Joe LaCava atas tuduhan menolaknya ketika Kejohanan Valspar 2018 dan peguamnya meminta saksi untuk tampil ke hadapan, kelmarin.

Pihak pendakwa, Josh Dreschel, mewakili Brian Borruso, yang mengeluarkan kenyataan meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti suara dalam sebuah video yang kelihatan terbabit dalam sebahagian daripada insiden tersebut.

“Kami meminta orang ramai yang berada di sana untuk menghubungi kami jika mereka melihat insiden tersebut, jika anda pemilik suara dalam video dan jika anda mempunyai video atau gambar insiden tersebut,” Dreschel dari Firma Josh yang berpangkalan di St. Petersburg berkata.

“Malangnya, PGA tidak mahu memberikan kerjasama, walaupun kami yakin mereka mempunyai video insiden tersebut.”

Tuntutan sama, yang telah difailkan Selasa lalu di Pinellas County, Florida, memberitahu insiden tersebut berlaku pada lubang ke-13 dalam pusingan ketiga kejohanan di Innisbrook berhampiran dengan Tampa, Florida. Woods yang membuat pukulan tee ke kawasan rumput dan berhampiran dengan penonton, termasuk Borruso – yang cuba untuk mengambil swafoto bersama Woods di latar belakang pukulan tersebut ketika bintang golf sedang menghampiri bola.

Aduan itu yang menuntut pembayaran $30,000 menyebabkan kecederaan, mendakwa bahawa LaCava telah menolak Borruso ke arah penonton sehingga membawa kecederaan.

Kecederaan Borruso tidak dinyatakan, tetapi aduan menyebut dia telah dimasukkan ke hospital, kehilangan sumber pendapatan dan menjejaskan keadaan kesihatan yang sedia ada. Nama Woods telah disebut di dalam dakwaan kerana menjadi majikan kepada kedi, LeCava, dakwaan tersebut turut mengambil maklum bahawa dalam peraturan golf, pemain bertanggungjawab ke atas tindakan kedi semasa perlawanan berlangsung.

Woods membuat penampilan di Kejohanan Valspar 2018 yang merupakan permulaan keempatnya di Jelajah PGA AS selepas pembedahan pada bulan April. – AFP

Seorang lelaki Florida akan menyaman Tiger Woods dan kedi, Joe LaCava mengenai pertuduhan menyiku ketika Kejohanan Valspar pada tahun 2018. – AFP