Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Lelaki gantung diri dipercayai tertekan

    Oleh Arissa

     

    LAWAS, 19 Julai – Seorang lelaki ditemui mati menggantung diri di biliknya di Kampung Baru, Sundar, di sini, malam semalam.

    Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Tali, 37, yang masih tergantung disedari oleh ahli keluarganya kira-kira jam 11:58 malam.

    Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata anggotanya dari Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Lawas dan Balai Polis Sundar bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat daripada penduduk kampong.

    Katanya, siasatan awal polis mendapati lelaki itu bertindak nekad membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialami setelah bercerai dengan isterinya dan dibuang kerja.

    Mayatnya kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...