Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lelaki India diberkas cuba seludup musang, ular

    BANGKOK, 17 OGOS – Seorang lelaki India telah ditangkap di lapangan terbang utama Thailand kerana cubaan menyeludup keluar sekumpulan haiwan hidup termasuk musang putih dan seekor rakun, kata pegawai hari ini.

    Abilash Annaduri, 21, ditemui bersama 17 makhluk hidup daripada enam spesies, menurut Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan Thailand dalam satu kenyataan.

    Menurutnya, tangkapan lelaki itu termasuk musang padang pasir putih, seekor rakun, dua iguana dan sepasang ular sawa putih – serta tiga biawak dan lapan monyet marmoset.

    Kesemua haiwan itu ditemui dalam bakul plastik, disembunyikan di bawah makanan ringan dan dibungkus dalam bagasi, ketika dia melalui mesin X-ray di lapangan terbang Suvarnabhumi Bangkok malam kelmarin dalam perjalanan ke Chennai.

    “Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki yang cuba menyeludup haiwan ke India,” kata Prasert Sonsatapornkul, pengarah bahagian di jabatan pemuliharaan, sambil menambah dia telah maklum mengenai peningkatan dalam penyeludupan ke India.

    Pegawai menganggarkan haiwan-haiwan berkenaan bernilai sekitar 98,000 baht (AS$2,760).

    Tetapi mereka bingung bagaimana haiwan itu masuk ke Thailand.

    “Kami tidak dapat mencari cip mikro pada haiwan ini jadi kami tidak tahu dari mana asalnya,” kata Prasert.

    Annaduri telah didakwa dengan penyeludupan hidupan liar dan dita-han untuk disoal siasat oleh polis.

    Haiwan yang diselamatkan dihantar untuk pemeriksaan kesihatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...