Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Lelaki India hanya makan kelapa selama 28 tahun?

    KASARAGOD, INDIA, 14 MAC – Balakrishnan Palayi, seorang lelaki India dari Kasaragod, mendakwa tidak makan apa-apa selain kelapa sejak 28 tahun lalu untuk merawat penyakit refluks gastroesofagus (GERD) yang dialaminya.

    Menurut laporan Oddity Central, Palayi hanya makan satu jenis makanan selama lebih dua dekad. Sebagai penggemar makanan yang mempunyai akses kepada begitu banyak hidangan lazat, pemikiran hanya untuk mengehadkan diet seseorang kepada satu makanan selama sebulan, apatah lagi 28 tahun, terdengar hampir mustahil, tetapi lelaki India itu mendakwa bahawa ia telah memastikannya sihat dan cergas.

    Balakrishnan Palayi disahkan meng-hidap penyakit GERD, keadaan yang menyebabkan dia kehilangan semua kekuatannya sehingga dia sukar bergerak. – Agensi

    Balakrishnan Palayi, seorang lelaki India dari Kasaragod, mendakwa tidak makan apa-apa selain kelapa sejak 28 tahun lalu.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...