Lelaki india lantik peguam

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Seorang lelaki warga India, Mohamad Iburahim yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas dakwaan memaksa seorang budak lelaki warga tempatan untuk melakukan perbuatan seksual bersamanya, yang bermaksud mencabul kehormatan telah melantik seorang peguam untuk mewakilinya di Mahkamah Majistret.

Tertuduh yang berusia 32 tahun kini diwakili oleh peguam bela Wafi Sallehuddin dari Messrs Ahmad Isa and Partners.

Tertuduh berhadapan dengan tuduhan melakukan kesalahan ke atas mangsa yang berusia 10 tahun itu pada 11 pagi 21 Jun 2020 di Kampung Rimba.

Pihak pembelaan telah meminta masa untuk mendapatkan arahan daripada pelanggannya.

Sementara itu Majistret Hajah Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menangguhkan kes ke tarikh 13 Julai depan.