Lelaki India pulang dari Afrika positif COVID-19

NEW DELHI, 29 NOV – Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika Selatan melalui Delhi disahkan positif COVID-19, lapor Xinhua memetik laporan media pada Isnin.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada dia dijangkiti varian Omicron COVID-19. Penumpang itu tiba di India dari Afrika Selatan pada 24 Nov, dan disahkan positif berdasarkan sampel yang diambil semasa ketibaannya.

“Penumpang itu dalam perjalanan dari Cape Town ke Delhi melalui Dubai. Dia memberikan sampel di Delhi dan dibenarkan menaiki penerbangan sambungan ke Mumbai. Setibanya di Mumbai, dia didapati positif. Dia tidak menunjukkan gejala dan melakukan kuarantin kendiri di rumah. – Bernama