Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lelaki Indonesia didenda $39,000

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Seorang lelaki warga Indonesia berusia 54 tahun, semalam, telah diperintahkan untuk membayar denda berjumlah $39,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki rokok seludup.

    Basroni akan menjalani hukuman penjara 19 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
    Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman yang bersidang di Mahkamah Kuala Belait mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa serbuan telah dijalankan ke rumah defendan di Sungai Tali, Lumut pada 4:20 petang, 24 April lalu.

    Pegawai-pegawai pencegahan kastam telah menerima maklumat bahawa defendan menjual rokok kepada orang ramai.

    Pegawai-pegawai tersebut telah menjumpai tiga karton dan 15 paket rokok bersama wang tunai $5,715 hasil jualan rokok.

    Keesokan harinya, pegawai-pegawai membawa defendan ke tempat kerjanya di kawasan letak bas di Sungai Tali, Lumut di mana dia menunjukkan 38 karton rokok yang disembunyikannya dalam kawasan semak berhampiran. Defendan juga mengaku menjual rokok kepada orang ramai.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana mengarahkan rokok dan wang tunai itu diserahkan kepada kerajaan.BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Seorang lelaki warga Indonesia berusia 54 tahun, semalam, telah diperintahkan untuk membayar denda berjumlah $39,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki rokok seludup.

    Basroni akan menjalani hukuman penjara 19 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman yang bersidang di Mahkamah Kuala Belait mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa serbuan telah dijalankan ke rumah defendan di Sungai Tali, Lumut pada 4:20 petang, 24 April lalu.

    Pegawai-pegawai pencegahan kastam telah menerima maklumat bahawa defendan menjual rokok kepada orang ramai.

    Pegawai-pegawai tersebut telah menjumpai tiga karton dan 15 paket rokok bersama wang tunai $5,715 hasil jualan rokok.

    Keesokan harinya, pegawai-pegawai membawa defendan ke tempat kerjanya di kawasan letak bas di Sungai Tali, Lumut di mana dia menunjukkan 38 karton rokok yang disembunyikannya dalam kawasan semak berhampiran. Defendan juga mengaku menjual rokok kepada orang ramai.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana mengarahkan rokok dan wang tunai itu diserahkan kepada kerajaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...