Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Ireland terima hidayah

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 15 Mac – Seorang lelaki berbangsa Ireland memilih agama Islam sebagai pegangan hidup selepas melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait, di sini.

    Saudara baru tersebut, Alexander Humphrey Walsh, 61, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Awang Adam Alexander bin Abdullah Walsh. Hadir pada majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada saudara baru berkenaan ialah Ketua Bahagian Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu.

    Sejak awal bulan Januari sehingga 28 Februari lalu, jabatan tersebut mencatatkan statistik saudara baru yang memeluk agama Islam seramai 12 orang.

    Manakala bagi statistik pengislaman bagi Daerah Belait pada tahun lepas pula ialah seramai 110 orang.

    Alexander Humphrey Walsh mengucap Dua Kalimah Syahadah di Dewan Serbaguna Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait.
    Alexander Humphrey Walsh mengucap Dua Kalimah Syahadah di Dewan Serbaguna Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda