Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Lelaki Jepun ditahan di Myanmar

    YANGON, 31 JULAI – Seorang lelaki Jepun telah ditahan di ibu kota komersial Myanmar, Yangon, seorang pegawai di kedutaan Jepun mengesahkan hari ini, warga asing terkini yang terjebak di negara yang diperintah junta itu.

    Rampasan kuasa tentera tahun lalu mencetuskan protes berterusan dan tindak balas maut daripada junta, dengan lebih 2,000 orang terbunuh dan kira-kira 14,000 ditangkap, menurut kumpulan pemantau tempatan.

    Semalam, media Jepun dan tempatan berkata, penerbit filem, Toru Kubota, 26, ditahan berhampiran perhimpunan antikerajaan bersama dua warga Myanmar.

    “Saya boleh mengesahkan seorang warga Jepun telah ditahan semalam di Yangon,” kata seorang pegawai di kedutaan Jepun kepada AFP hari ini, meminta namanya dirahsiakan.

    Kedutaan sedang ‘berhubung dengan pihak berkuasa dan mengambil langkah untuk memastikan pembebasan mereka’.

    Pegawai Jepun itu, yang tidak mengesahkan identiti individu yang ditahan, berkata mereka tidak mempunyai maklumat sama ada dia ditahan semasa protes.

    Jurucakap junta tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

    Sekumpulan kecil orang ramai berhimpun di luar kementerian luar Jepun di Tokyo hari ini, memegang sepanduk Kubota.

    Beberapa warga asing telah ditangkap dalam tindakan keras tentera terhadap perbezaan pendapat sejak mengambil alih kuasa.

    Tahun lalu, penerbit filem Jepun, Yuki Kitazumi telah ditahan oleh pihak berkuasa Myanmar semasa membuat liputan selepas rampasan kuasa itu. – AFP

    Sekumpulan aktivis memegang gambar Toru Kubota yang ditahan di Myanmar, semasa perhimpunan di Kementerian Luar Negeri di Tokyo pada 31 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...