Lelaki Korea Selatan diculik dibebaskan

SEOUL, 17 Mei – Seorang lelaki rakyat Korea Selatan yang diculik di Libya tahun lepas dibebaskan kelmarin, umum Rumah Biru hari ini.

Pekerja di sebuah firma tempatan berusia 62 tahun itu diculik sekumpulan militan bersenjata pada 6 Julai.

Hanya dikenali dengan nama keluarga Joo, lelaki itu dibebaskan tanpa sebarang syarat, menurut ketua Pejabat Keselamatan Pejabat Presiden, Chung Eui Yong. – Bernama