Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lelaki kudung mati ditembak

    LOS ANGELES, 2 FEB – Video yang menunjukkan saat sebelum pegawai polis menembak mati seorang lelaki kudung ketika dia melarikan diri telah tular di California.

    Gambar yang diambil dari beberapa sudut oleh orang yang berada di tempat kejadian menunjukkan Anthony Lowe, 36, meninggalkan kerusi rodanya ketika pegawai menghalakan senjata mereka padanya selepas mendakwa dia telah menikam seseorang.

    Tidak ada video jelas yang menunjukkan apa yang berlaku seterusnya, tetapi pegawai telah melepaskan 10 das tembakan dan Lowe, lelaki kulit hitam, meninggal dunia di tempat kejadian.

    Ibu Lowe, Dorothy memberitahu wartawan dia ingin tindakan diambil berhubung kematiannya. “Cara mereka membunuh anak saya, mereka membunuh anak saya tanpa kaki dan tidak terdaya membela diri,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...