Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

-

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak mencederakan sesiapa sebelum dia ditahan oleh polis Australia.

Imej yang disiarkan dalam media sosial menunjukkan seorang pegawai polis menumpaskan seorang lelaki di dalam terminal ketika penggera kecemasan berbunyi di lapangan terbang utama ibu negara.

Polis berkata lelaki itu telah ditahan di sebuah balai di bandar tersebut. Senjata api juga ditemui, tambah mereka.

Lelaki bersenjata itu memasuki kawasan berlepas lapangan terbang pada awal petang dan duduk dekat tingkap kaca besar terminal itu, kata pemangku detektif, superintenden Dave Craft kepada pemberita di luar bangunan.

Dia menambah, lelaki bersenjata itu menunggu lima minit sebelum mengeluarkan senjata apinya dan ‘melepaskan kira-kira lima das tembakan’.

Polis bercakap dengan saksi selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan di lapangan terbang di Canberra pada 14 Ogos. – AFP

Lapangan terbang itu telah dikosongkan dan ditutup, menyebabkan penangguhan sementara operasi penerbangan.

Tetapi operasi biasa disambung semula selepas lapangan terbang dibuka semula pada hari tersebut, walaupun beberapa penerbangan telah dibatalkan.

Craft berkata, lokasi kejadian menunjukkan lelaki itu telah melepaskan tembakan ke arah tingkap kaca di terminal.

Tidak ada tembakan ditujukan kepada penumpang atau kakitangan, katanya.

Beberapa kesan peluru jelas kelihatan di hadapan kaca di tingkat dua lapangan terbang, imej televisyen menunjukkan.

Seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Helen dipetik memberitahu akhbar The Guardian yang dia melihat seorang lelaki ‘menembak ke udara’ tidak jauh dari kaunter daftar masuk, menggambarkannya berusia pertengahan umur dan penampilan ‘kemas’.

Selepas memeriksa imej litar tertutup lapangan terbang itu, polis berkata mereka percaya lelaki itu bertindak bersendirian.

Situasi itu kini ‘terkawal’, kata polis sambil menyifatkan lapangan terbang itu sebagai ‘tempat kejadian jenayah aktif’. Motif di sebalik tembakan itu tidak jelas, kata polis.

Seorang wartawan bertugas dengan penyiar awam Australia ABC, Lily Thomson, melaporkan dia mendengar tembakan itu sebelum orang ramai mula menjerit.

Dia melihat wanita yang ketakutan bersama seorang anak damit.

“Jadi kami berlari dan saya menemani nenek itu dan anak damitnya dan bersembunyi di belakang meja maklumat,” lapor Thomson di ABC.

“Kami bersembunyi di sana selama beberapa minit sehingga pihak keselamatan memberitahu kami untuk berpindah ke tempat letak kereta,” tambahnya.

“Semua orang bersembunyi di belakang kerusi dan ada yang lari,” ujarnya. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -