Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lelaki lepas dakwaan cabul budak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Pendakwa raya telah memfailkan Nolle Prosequi ke atas semua empat pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak lelaki bawah umur, yang dihadapi oleh bekas pekerja minyak dan gas.

    Kesemua pertuduhan di bawah Seksyen 354B Kanun Keseksaan, didakwa berlaku antara 2016 dan 2019 di Daerah Belait.

    Nolle Prosequi bermaksud pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan kes itu buat masa ini tetapi boleh berbuat demikian pada bila-bila masa pada masa hadapan.

    ‘Pelepasan tidak bermaksud pembebasan’ telah dimasukkan bagi setiap pertuduhan.

    Hakim Mahkamah Perantaraan, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menjelaskan kepada lelaki tempatan berusia 58 tahun itu bahawa dia tidak dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu dan dia tidak ‘berjaya’ dalam kes terhadapnya kerana pihak pendakwaan boleh pada bila-bila masa pada masa akan datang membawa tuduhan yang sama terhadapnya.

    Pendakwaan dijalankan oleh Pendakwa Raya Atiyyah Abas, manakala Peguam Bela Ahmad Zakaria Mohammad berkhidmat sebagai peguam bagi lelaki itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...