Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Lelaki masih hidup setelah hilang sebulan di Amazon

LA PAZ, 2 MAC – Seorang warga Bolivia yang mendakwa telah hilang seorang diri di Amazon selama sebulan, menceritakan tentang memakan serangga dan cacing, mengumpul air dalam butnya dan meminum air kencingnya sendiri untuk terus hidup.

Jika disahkan, ini boleh menjadikan Jhonatan Acosta, 30, seorang yang paling lama dan terselamat setelah hilang sendirian di Amazon.

“Saya terpaksa memakan serangga, minum air kencing, makan cacing,” katanya kepada Unitel TV.

Acosta dilaporkan hilang oleh keluarganya pada penghujung Januari. Dia telah melakukan perjalanan memburu bersama empat rakannya di hutan hujan Amazon tetapi terpisah daripada kumpulannya pada 25 Januari. Tepat sebulan kemudian, Sabtu lalu, dia ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

Acosta memberitahu Unitel, hujan turun semasa dia hilang. Dia menggunakan but getahnya untuk mengumpul apa sahaja air hujan yang dia boleh.

Tetapi apabila langit kering, dia terpaksa minum air sisanya sendiri.

“Saya meminta hujan kepada Tuhan,” cerita Acosta. “Jika tidak hujan, saya tidak akan selamat.”

Dengan keadaan celaru, dia telah berjalan kira-kira 40 kilometer (25 batu) untuk mencari penempatan manusia, kata Acosta, tetapi tidak lama kemudian dia mendapati dia hanya berpusing-pusing di dalam hutan.

Terdedah kepada unsur-unsur pada waktu malam, katanya dia digigit oleh pelbagai jenis makhluk.

Dalam satu lagi kes terkenal di Bolivia, pengembara Israel, Yossi Ghinsberg terselamat tiga minggu di Amazon pada tahun 1981, satu pencapaian yang mengilhamkan filem berjudul ‘Jungle’ yang dibintangi oleh Daniel Radcliffe.

Di Brazil, juruterbang Antonio Sena terselamat 38 hari di Amazon selepas mendarat pada 2021. Pada tahun berikutnya, dua beradik berusia tujuh dan sembilan tahun diselamatkan selepas menghabiskan 25 hari hilang di bahagian hutan hujan Brazil. – AFP

Acosta menerima rawatan perubatan selepas dia diselamatkan setelah hilang selama 31 hari di Amazon, Bolivia. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -