Thursday, April 24, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki maut dipercayai dibaham buaya

    SYDNEY, 20 Mac – Seorang nelayan yang mayatnya ditarik keluar dari air hari ini berkemungkinan telah dibunuh oleh seekor buaya besar, menurut polis, selepas bot kecil dan pemanah ikannya ditemui di utara Australia.

    Nelayan berusia 35 tahun itu menangkap ikan bersendirian di perairan Innisfail, selatan Cairns di negeri Queensland dan dilaporkan hilang pada petang semalam apabila bot dan senjata yang terapung-apung yang menembusi seekor ikan, telah ditemui.Pencarian melalui udara dan air telah dilancarkan dengan satu mayat ditemui pagi ini.

    “Penyiasatan awal menunjukkan lelaki itu mungkin telah ditarik oleh buaya,” menurut polis Queensland, dengan menambah kata mereka percaya ia berukuran empat meter.

    “Para pegawai hidupan liar dari Jabatan Persekitaran dan Perlindungan Warisan mensasarkan buaya itu bagi pemindahan.”

    Cairns Post melaporkan seekor buaya yang agresif, yang dikatakan yang sama yang telah menyerang sebuah bot polis lewat semalam yang menurut Inspektor Rhys Newton menunjukkan kelakuan apabila reptilia telah dibunuh baru-baru ini atau melindungi sumber makanan.

    Gambar hiasan – Mayat seorang lelaki berumur 35 tahun yang ditemui dipercayai telah dibunuh oleh seekor buaya besar. – AFP
    Gambar hiasan – Mayat seorang lelaki berumur 35 tahun yang ditemui dipercayai telah dibunuh oleh seekor buaya besar. – AFP

    Itu adalah kejadian kedua dalam tempoh sebulan yang berlaku kepada masyarakat nelayan tempatan selepas seorang lelaki mengalami putus kaki akibat seekor ikan yu di pulau Hinchinbrook yang berhampiran, menurut laporan akhbar.

    Tragedi terbaru ini berlaku hanya sehari selepas seorang remaja terlepas dari mulut buaya dengan menumbuk kepala buaya berkenaan ketika berenang pada lewat malam di sebatang sungai berhampiran Innisfail.

    Remaja berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan pada tangan kiri selepas dicabar terjun oleh rakan-rakannya.

    Australia adalah tempat tinggal kepada buaya-buaya air tawar dan air masin dengan lebih banyak buaya air masin membesar sehingga tujuh meter panjang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda