Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Lelaki maut diserang anjing di England

    LONDON, 15 SEPT – Seorang lelaki dilaporkan maut selepas diserang oleh anjing di England, menurut maklumat dari perkhidmatan kecemasan hari ini. Kejadian itu menjadi kes terbaharu dalam beberapa serangan anjing yang telah mendorong Perdana Menteri Rishi Sunak berjanji untuk mengambil tindakan.

    Perkhidmatan kecemasan dipanggil kelmarin setelah menerima laporan bahawa seorang lelaki telah cedera parah akibat digigit oleh dua ekor anjing berhampiran Birmingham.

    “Pada saat kami tiba di lokasi, kami mendapati seorang lelaki mengalami kecederaan yang serius dan dalam keadaan kritikal,” kata Perkhidmatan Ambulans West Midlands.

    “Namun, selepas dibawa ke hospital, walaupun usaha terbaik telah dilakukan, jelasnya tiada lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya dan dia telah disahkan meninggal dunia.”

    Seorang lelaki berusia 30 tahun telah ditahan kelmarin kerana disyaki mengendalikan anjing berbahaya di luar kawalan, menurut polis Staffordshire.

    Pihak berkuasa kini sedang mengenalpasti jenis anjing yang terlibat dalam kejadian itu.

    Namun, Sunak mengatakan anjing Amerika, bully XL, yang dikenali dengan penampilannya yang tegap dan berotot, disyaki terlibat. – AFP

    Rishi Sunak bercakap dengan kakitangan hospital di Suite Jubilee semasa lawatannya ke Hospital daerah Devon Utara di Barnstaple, barat daya England pada 14 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...