Lelaki maut diserang jerung

BRISBANE, 8 SEPT – Seorang lelaki meninggal dunia selepas diserang jerung di luar pesisir pantai terkenal Australia ketika meluncur hari ini.

Pasukan penyelamat memberitahu media bahawa mereka cuba menyelamatkan mangsa selepas dilihat terapung di pantai Greenmount di Gold Coast tetapi pasukan perubatan tidak sempat menyelamatkannya.

“Pasukan perubatan memeriksa pesakit lelaki yang mengalami kecederaan kritikal dan malangnya, tidak dapat diselamatkan disebabkan oleh kecederaan itu,” menurut jurucakap perkhidmatan ambulan Queensland.

Ini merupakan kematian pertama akibat serangan jerung di Gold Coast selama beberapa dekad, menurut media setempat.

Paparan video menunjukkan lelaki tersebut dikejarkan, papan luncurnya dijumpai kemudian dengan kesan gigitan besar.

Seorang individu yang membantu menarik keluar peluncur itu ke pantai memberitahu Seven News bahawa sebahagian besar kaki kiri lelaki itu terputus. – AFP