Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Lelaki maut, dua lagi cedera parah dalam letupan bom

    NARATHIWAT, 7 OGOS – Seorang orang awam maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di Narathiwat, selatan Thailand, hari ini.

    Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej. Jen. Pol. Waesamae Salae berkata dalam insiden kira-kira 8:30 malam, kelmarin, mangsa yang terbunuh berteduh di sebuah pondok berdekatan sebuah pos kawalan bersama isterinya yang turut cedera dalam kejadian itu.

    “Sebutir bom buatan sendiri seberat 20 kilogram yang dipasang pada tong gas dan diletakkan di atas sebuah motosikal yang diubahsuai dan ia diaktifkan menggunakan walkie-talkie.

    “Kekuatan letupan dan serpihan bom menyebabkan lelaki berusia 74 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, 57 tahun, cedera parah,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...