Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Lelaki maut kemalangan di KB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Setia Diraja, Kuala Belait (KB) kelmarin telah meragut nyawa seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun.

    Kematian mangsa pada kejadian awal pagi itu disahkan oleh Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Menurut PPDB, insiden berlaku pada 30 Julai sekitar jam 3:10 pagi dan kemalangan dipercayai berlaku selepas kenderaan ditumpangi mangsa dirempuh oleh kenderaan suspek daripada bahagian depan.

    Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik bertugas kemudian dibawa ke Hospital Suri Seri Begawan (HSSB) Kuala Belait bagi siasatan lanjut.

    Manakala dua mangsa lain dan suspek turut cedera dan dirawat di HSSB. PPDB bagaimanapun masih menyiasat punca sebenar kemalangan.

    Sehubungan itu PPDB menasihatkan orang ramai terutama pengguna jalan raya untuk tidak memandu dalam keadaan dipengaruhi ubat-ubatan atau alkohol atau lain-lainnya kerana ia boleh mendatangkan mengantuk dan kelalaian yang boleh mengakibatkan kemalangan berlaku.

    Salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. – Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...