Lelaki maut kereta bertembung treler
KOTA KINABALU, 4 Jan – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan treler di Batu 6, Jalan Kudat, hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dalam kenyataan berkata, mangsa, Macheal Loh Sin Vun, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. “Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.30 petang


































