SINGAPURA, 2 Januari 2003 – Seorang lelaki menipu wang seorang wanita tua berjumlah S$1,180 dengan mendakwa sebagai anak lelaki sulungnya walaupun wanita itu tidak mengenali suaranya, menurut laporan.
Tan Kok Lan, 74, menerima panggilan daripada penipu yang meminta wang untuk membeli komputer baru, lapor sebuah akhbar.
Pemanggil mengarahkannya membalut wang itu di dalam surat khabar dan meletakkannya di dalam tong sampah di tingkat bawah lobi lif sebuah blok pangsapuri.
Akhbar memetik Tan sebagai berkaya, “Apabila saya menyoal pemanggil itu kenapa suaranya tidak sama dengan anak saya, dia mendakwa mengalami sakit tekak.” Tan mengikut arahan itu dan meninggalkan wang yang diminta di dalam tong sampah.