Lelaki mengaku rogol, bunuh pelajar

SYDNEY, 12 JUN – Seorang lelaki berusia 20 tahun mengaku bersalah hari ini atas kesalahan merogol dan membunuh seorang pelajar Arab-Israel di Melbourne, salah satu siri serangan yang mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan wanita di bandar kedua terbesar Australia.

Mayat Aya Maasarwe, 21, ditemui oleh pejalan kaki berhampiran perhentian trem pada awal pagi Januari, beberapa jam selepas dia diserang dalam perjalanan hendak pulang semasa dia sedang bertelefon bersama kakaknya di Israel. Codey Herrmann telah ditangkap dan didakwa oleh polis berkaitan serangan itu beberapa hari selepas kejadian. – AFP