Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lelaki mengaku salah cabul kehormatan budak 6 tahun

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dibicarakan kerana mencabul kehormatan seorang budak perempuan berusia enam tahun mengaku bersalah dan disabit di Mahkamah Majistret semalam.

    Asahrin bin Idris berubah hati ketika Pendakwa Atiyyah binti Abas sedang dalam proses mengemukakan saksi keempatnya.

    Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof mendengar daripada pihak pendakwaan bahawa defendan berada di bilik tamu sebuah rumah di Kampung Delima apabila dia memanggil mangsa pada petang 25 Oktober 2020.

    Mereka berbual-bual apabila defendan dengan tiba-tiba mendekati mangsa dan merabanya.

    Dia seterusnya memberikan mangsa sebatang pensel untuk mengalih perhatiannya daripada kejadian yang berlaku dan berjalan keluar dari rumah.

    Mangsa memberitahu datuknya mengenai kejadian itu dan satu laporan polis telah dibuat yang membawa kepada penahanan defendan.

    Sementara itu, mahkamah sedang mempertimbangkan hukuman dan masih belum menetapkan tarikh untuk menjatuhkan hukuman. Defendan berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...