Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri alat ganti kereta.
Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Mohd Yusof menetapkan 4 Julai untuk menentukan tarikh perbicaraan Mohd Hazmi bin Awang Nasri, 35 yang didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan MB Star Euro Auto pada 18 Jun 2018 sekitar jam 6:30 pagi.
Timbalan Pendakwa Raya, Dr Mohammad Hussin Ali bin Idris mengemukakan dakwaan di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun dan dengan denda atau kedua-duanya.