Tuesday, November 12, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki meninggal dunia di dalam hutan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Seorang lelaki yang ditemui di kawasan hutan Kampung Kasat dengan keadaan tidak sedarkan diri telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai paramedik di tempat kejadian, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sini, anggota bomba dan penyelamat telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden meminta bantuan mengangkat mangsa tersebut pada pukul 1:52 petang.

    Sejurus tiba di tempat kejadian, empat anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sungai Kebun diketuai oleh ABK 560 Haji Ali bin Haji Mohd Noor yang dikejarkan ke tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mereka segera bertindak untuk memberikan bantuan mengangkat mangsa keluar dari hutan dengan menggunakan bucket stretcher dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. Sehubungan itu, JBP dalam kenyataannya menyarankan kepada orang ramai untuk sentiasa membawa jurupandu yang berpengalaman untuk masuk ke kawasan hutan dan untuk memastikan mereka mengetahui akan keadaan cuaca dari masa ke semasa serta untuk tidak meneruskan aktiviti jika keadaan sudah mulai gelap.

    Orang ramai juga disarankan agar tidak memasuki hutan secara berseorangan kerana ditakuti berlaku perkara yang tidak diingini dan untuk memaklumkan kepada keluarga atau kawan-kawan di mana tempat mereka hendak tuju.

    Mereka juga disarankan untuk membawa bersama wisel, lampu, telefon bimbit dan air bagi keperluan kecemasan serta tahu akan tahap kesihatan mereka.

    Anggota bomba dan penyelamat membantu mengangkat mangsa keluar dari hutan di kawasan hutan, Kampung Kasat pada 28 Julai lalu.
    Mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda