Lelaki miliki 50.15 gram dadah ditahan

KOTA KINABALU, 18 NOV – Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah dipercayai syabu seberat 50.15  gram yang disorokkan di dalam kenderaan suspek, dianggarkan bernilai lebih RM7,523 dalam satu serbuan di kawasan Pelabuhan Sabah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata lelaki warganegara  Filipina berumur 31 tahun itu ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu selepas risikan dan bertindak atas maklumat me-ngenai aktiviti pengedaran dadah di kawasan itu. – Bernama