Lelaki miliki senjata buatan sendiri didakwa

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Seorang lelaki tempatan yang didakwa memiliki senjata api buatan sendiri kini didakwa memiliki dua pucuk senjata api buatan sendiri.

Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman menghadapkan pertuduhan baharu tersebut di Mahkamah Majistret, di sini, Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun tiada sebarang pengakuan diambil daripada Norfadzillah bin Abdul Rahman atas pertuduhan memiliki dua pucuk senjata api buatan sendiri di sebuah rumah di Jalan Kecil Birau, Tutong pada pukul 7:58 pagi, 11 Januari lalu.

Pemangku Majistret Kanan Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim melepaskan tertuduh dengan ikat jamin dan menangguhkan kes sehingga 24 Februari depan bagi memberi laluan kepada laporan balistik dijalankan terhadap senjata yang dirampas tersebut.